Sunday, June 28, 2009


Asalamualaikum.. Tinggal 2 hari lagi kami dekat giatmara ni.. best gak dekat sini ni..hati ku cam xmaw ja keluar dari giat ni.. tapi apa ble buat la kan,uda takdir... dalam bulan ni ja aku da ambil cuti selama 7 hari..Teruk kan..Tapi memang ada hal lah dekat Luar,,bukannya cuti sengaje..atau malas malas gitu kan... hehehekkk okey laaaa...aku chaw..Wassalam...

Wednesday, June 3, 2009


Askum..Hari ni aku penat..nda cukup tidur. 4 hari aku bz ja..Mana kenduri anak buah ku lagi hari isnin tu..kenduri 100 hari aruah nenek ku di Kb lagi kelmarin..penat tul badan.Hari ni pun paksa diri ja datang kuliah,ya laa..Lagi pun ku nda suka juga ponteng kuliah.sebab ak nda mahu ketinggalan dalam pelajaran ku..bagi aku kalau terlampau jauh ketinggalan nda best la kan..K la itu ja..Wassalam

Tuesday, May 26, 2009


Salam...
Kelmarin aku tidak hadir,Sakit kepala...sampai hari ini juga aku masih rasa pening-pening sikit lah..tapi alhamdulillah aku masih boleh bergerak lagi seperti biasa.Senyum cam biasa..Walaupun kepala ni rasa berat..aku anggap ini satu ujian buat aku.Apa-apa pun aku redha...

Buat semua..Jaga kesihatan Anda..Kesihatan Diri No 1 !!!

Wslm...

Wednesday, May 20, 2009

LAWATAN Ke Ranau



Ni Kenangan tym d Pekan Nabalu..Hehehehekk. Bestnya...Jalan ngan kawan kawan.Kami Bertolak dari tuaran jam 08.00 pagi,Paz tu lokasi pertama yang kami singgah di Pekan Nabalu.Seterusnya Kinabalu Park,Untuk ambil Gambar Ja Ba..Kenangan.Selepas saja siap Ambil gambar di kinabalu park kami meneruskan perjalanan kami ke RANAU
.Singgah Di pekan Ranau untuk beli makanan Tengahari kami.terus ke Poring..Di Poring Pula...Makan-makan,ada yang mandi..Lokasi yang last kami lawati iaitu WAR MEMORIAL KUNDASANG,Selepas itu kami pun pulang...Kami sampai di Tuaran Jam 06.30 Petang.Ini Kenangan paling best la bersama pelatih GMT.Rugi yang nda join..Hehehehehekk.. Wassalam..


Monday, May 18, 2009


Biasala.. Uda last2 sesi d PGMT ni,sibuk sikit..buat asgment.Dari minggu lalu pun da startUjian.Insyallah..TRAMPIL.hehehehkk..
Kerja pun sekarang malas uda maw copy paste ni..aiks cam biasa pulak. heey tiada la biasa kadang2 ja.kalau kerja tu betul2 da tidak tahu nak buat.Dalam keadaan cam sekarang ni..Balik2 Blackout Kerja pun tertangguh tanggu,Tapi tinggal maw siapkan bank soalan yang pengurus minta ja lagi ni..itu ja yang belum siap..hehehekk..

Rasanya ini ja yang nak di tulis hari ni..Akhir kat Wasaalam

Wednesday, April 15, 2009

Pahit Manis Kehidupan


Assalammualaikum...

Setiap manusia di muka bumi ini ada kelebihan dan kekurangan tersendiri..Namun kita harus bersyukur dengan apa yang kita miliki,kerana allah maha adil atas segala kurniaannya.Jangan sesekali kita capai sesuatu kelebihan dengan mengikut kesesatan Atau melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah.
Ingatlah,yang Lahir di dunia ini akan pergi,dan yang pergi tidak akan kembali.Dunia hanyalah singgahan sementara..Yang kekal di akhirat sana.Wasallam

Thursday, March 12, 2009

kENANAGAN PLKN



WIRA WIRAWATI HARAPAN BANGSA
TIBA MASA KITA BERJASA
KITA SAHUT CABARAN
BERGERAK SEIRINGAN
DEMI MENCAPAI WAWASAN
KENALI RAKAN PELBAGAI BUDAYA
SELAMI WARISAN KITA YANG KAYA
BERSAMA BERGANDINGAN
TIADA PERBEZAAN
KITA WARGA MALAYSIA
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
BERBAKTI PENUH SETIA
SATU HASRAT SATU SEMANGAT
SATU TEKAT BERSAMA
KAMI WIRA WIRAWATI NEGARA
KINI MASA KAMI BERJAYA
KAMI SAHUT CABARAN
BERGERAK SEIRINGAN
KAMI PASTI MENCAPAI WAWASAN
KITA SAHUT CABARAN
BERGERAK SEIRINGAN
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
MALAYSIA!!

8 SIKAP WANITA YANG DI SUKAI LELAKI


Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

Wednesday, March 11, 2009

Peringatan untuk Wanita

1. Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.

2. Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya

3. Saidatina Aisyah r.a. berkata: "Saya pernah bertanyakan Rasulullah S.A.W tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?" Jawab Rasulullah S.A.W: "Suaminya". Bertanya pula Aisyah: "Siapa pula terlebih berhak terhadap lelaki?". Jawab Rasulullah S.A.W: "Ibunya".

4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

5. Sesiapa yang dikurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia telah dikurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah.

6. Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan (digoda) oleh iblis.

7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isteri baginda (Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah S.A.W?". Rasulullah S.A.W menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?."

8. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni seperti perempuan zina.

9. Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina.

10. Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.

11. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya, tentu ia akan memberi ketenangan kepada kamu.

12. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin).

13. Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taatkan suaminya dan diredhai (serta dipelihara akan sembahyang dan puasanya).

14. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya dengan tidak dihisab.

15. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati suaminya, maka ia dimurkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka dan tersenyum mesra terhadap suaminya.

16. Ibnu Umar berkata: Telah datang seorang kepada Rasulullah S.A.W lalu bertanya: "Apakah hak suami atas isteri?" Jawab baginda: "Tunaikan hajatnya sekalipun engkau di belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan dengan izin suami, jika engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri, jangan keluar melainkan dengan izinnya: jika keluar juga akan dilaknat oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab sehingga kembali kembali engkau ke rumah."

TIGA GOLONGAN DALAM NERAKA
(Dari sabda Rasulullah S.A.W)

Dari Ali bin Abi Talib: "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahannam selama umur dunia tujuh kali, mereka ialah :
a- Orang yang gemuk tetapi kurus.
b- Orang yang berpakaian tetapi telanjang.
c- Orang yang alim tetapi jahil.

Orang yang gemuk tetapi kurus ialah mereka yang gemuk tubuhnya tetapi kurus ibadatnya. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (seperti berpakaian nipis hingga terbayang tubuhnya atau terlalu ketat). Orang yang alim tetapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan duniawi.

LARANGAN MELIHAT WANITA
(Dari sabda Rasulullah S.A.W)

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isteri baginda (Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah S.A.W?". Rasulullah S.A.W menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?."